Saturday, July 11, 2009

Rasa Bukan Makna CINTA

Ada ketikanya kita perlu rasional dengan diri kita sendiri. Apabila orang sudah menyatakan rassa menyampahnya pada kita, itulah waktunya untuk kita melangkah pergi. Kita boleh bertahan pada rasa kita tetapi kita juga perlu sedar rasa dia pada kita. Setelah dia menyatakan betapa dia tidak memerlukan kita lagi dalam hidupnya, itulah masanya untuk melangkah pergi.

Anda boleh bertahan pada cinta agung tetapi kecintaan agung tiada ertinya tanpa penyambut. Cinta agung itu bermaksud dua insan satu rasa. Anda menyintainya dan dia juga menyintai anda. Saling memerlukan, saling memahami, saling memberi dan menerima, saling mengucapkan kata-kata indah, saling mengerti dan saling rasa diperlukan.

Itu lah cinta,

Tanpa detik-detik seperti ini ia bukan lah cinta. Usah keliru dengan perhatian yang diberikan. Itu biasa. Cinta berbeza dan ia berkait rapat dengan soal hati. Apabila cinta telah berputik ia ada rasa yang sukar untuk diungkap, sukar untuk dimengerti dan sukar untuk dikembalikan kepada asal dan ia bersambut. Jika tidak disambut ia bukan cinta tapi sekadar rasa.

Rasa dirasai oleh semua orang.Bezanya dengan cinta,apabila tidak bersambut ia sangat menyakitkan.
Dengan rasa maka terbentuk lah rasa sayang antara seseorang dengan seseorang. Itu pun belum cinta namanya. Cinta adalah langkah terakhir dalam rentetan perasaan. Selagi belum dapat maklum balas yang boleh diistilahkan sebagai mukadimah cinta, usahlah anda membina gunung cinta dihati, kelak anda akan kecewa melihat dia hanyalah rasa sedangkan anda telah cinta.

Kita boleh rasa pada sesiapa saja. Anda perlu lakukan sesuatu untuk mengetahui apakah rasa yang anda rasa ada rasa juga yang dia rasa. Jika dia tiba-tiba berasa rindu lalu menghantar SMS, tidak lama kemudian anda mendapat balasan, itu mungkin menggambarkan ada rasa yang sama-sama berputik. Anda boleh teruskan menguji tetapi awas kadang-kadang anda akan teruji dan teruja. Proses hingga cinta dapat disemai adalah satu proses yang panjang dan berliku. Kadang-kadang ia berduri dan tajam bagaikan sembilu. Sebelum satu-satu cinta dapat dinikmati bersama, kadang-kadang anda akan berdepan dengan pelbagai cabaran. Memanglah kadang-kadang sesuatu yang manis dihujungnya cukup pahit pada awalnya.

Beruntunglah orang yang dapat membina cinta pada pandangan pertama. Mereka adalah orang yang sangat bertuah sebab cinta suatu perasaan penuh ilusi, tersembunyi di balik kata-kata, tidakan dan persendirian. Jika anda mendapat cinta tanpa bersusah-payah ketahuilah jambatan anda mungkin lurus dan pendek. Ada orang jambatan cintanya panjang dan berliku serta banyak lubang. Dia selalu terjerumus sebelum sampai kr penghujung.

Jika anda ada rasa dan mahu ia berakhir sebagai cinta, maka anda perlu duga, uji,ramal dan buat persepsi hingga anda yakin rasa itu turut dimiliki nya. Jika anda merasakan rasa itu turut ada di hatinya, maka terus pupuk hingga timbul sayang dan cinta.

Jika anda ragu-ragu, kurang percaya dan sekali sekala teruja dan teruji, maka serahkan kepada TUHAN yang mampu mengubat hati. Lakukan sembahyang hajat dan mohon ALLAH letakkan hati anda di hatinya. Niatkan untuk ke jinjang pelamin dan berdoalah selalu, "YA ALLAH, andainya dia baik untuk aku demi duniaku dab akhiratku, maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dalam perkahwinan, andainya dia tidak baik untuk aku demi duniaku dan akhiratku, maka pisahkanlah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam."

Akhir kata, Selamat Bercinta untuk cemerlang bukan bercinta untuk temberang dan tembelang.

4 comments: